Tuesday 30 July 2013

Perkembangan Terkini .

Assalamualaikum :)


Hi stalkers .Yeah , that's us .Perkembangan terkini lah ni . Ya Allah ,berhabuk gila dah blog ni . Nak updated cerita terbaru ,tapi guna picture yang berkurun .Ish ish . Stalkers tak kisah kan ? Kisah ? Aipppp , kena ingat satu perkara .Siapa yang updated post ni? eh eh eh :p

Well , pada seminggu yang lepas kami #MAQNAF baru sahaja menjalani peperiksaan PreTrial SPM kecuali #Atila . Faham-faham jelah kenapa dia tak berada dalam situasi yang sama .Diakan dekat Kelantan sekarang .Atila dah pindah sekolah untuk tahun pertama pada tahun ni . Pre-trial SPM ni ala-ala percubaan SPM yang sebenar lah jugak tapi macam tak kalau stalkers sekalian berada dalam situasi yang sama seperti kami . Mana taknya , sistem giliran takda .Duduk ikut suka je .Tiru sana sini berleluasa .Ehh? Siapa makan cili dia terasa pedas .Tapi nasihat sebagai seorang kawan di sini , lepas ni bertaubat lah .Tiru-tiru nak bawak pi mana ? Dalam SPM nanti bukan boleh tiru pun . Ohh , mungkin nak asah bakat dalam sesuatu bidang mungkin? hmm .

Kesempatan yang ada ni , cuma nak cakap , Selamat Menjalani Ibadah Puasa pada tahun 2013 dan semoga kita semua berpeluang nak lalui ibadah puasa ni pada tahun depan , insyaAllah .Juga tak lupa , Selamat Menyambut Aidilfitri yang cuma akan menjengah kita beberapa hari sahaja lagi .InsyaAllah , kalau ada kesempatan dan masa yang terluang kami akan updated post terbaru .Maaf jika ada terkasar bahasa ,tersilap bicara ,terpukul di mana-mana , terperli tidak semena-mena dan perkataan yang seumpamanya . Semoga kita semua berolleh keberkatan dalam bulan Ramadhan pada tahun ini dan mampu berubah menjadi lebih baik pada bulan yang akan datang bermula dengan langkah yang kita ambil pada hari ini . Assalamualaikum w.b semua :)

P/S : Langkah kita pada hari ini , menentukan langkah kita pada masa akan datang .Insaf ,menyesal dan jangan lakukan kesalahan yang serupa lebih dari sekali kerana pada masa akan datang ,kita akan menyesalinya .